Friday, March 4, 2011

DIET 5M

Kementerian Kesihatan, menerusi laman web www.infosihat.gov.my, misalnya memberi petua menarik yang boleh diamalkan ramai iaitu diet 5M.

Diet yang juga pendekatan memastikan rakyat mengamalkan pengambilan makanan secara sihat itu menekankan aspek 5M - mengurangkan gula, mengurangkan garam, mengurangkan minyak, melebihkan buah-buahan dan melebihkan sayur-sayuran.

Mengurangkan gula
Perlu diingat, pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi. Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Mengurangkan garam

Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

Mengurangkan minyak

Untuk rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.

Melebihkan buah-buahan

Apa kata, gunakan buah-buahan untuk dijadikan pengganti pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa, warna, bentuk dapat membuka selera di samping ia kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

Melebihkan sayur-sayuran

Selain hidangan daging dan ayam, sayur-sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana kandungannya itu amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. . Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah utama.

Info
Tip kurangkan gula


  • Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.

  • Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.

  • Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resipi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.

  • Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.

  • Kurangkan gula dalam makanan.