Tuesday, October 18, 2011

Rombongan ke Kelantan & Terengganu






7 Okt -9 Okt telah diadakan rombongan ke Kelantan dan Terengganu . Sambutan yang diberikan amat menggalakkan kerana kaum ibu dapat bercuti bersama ahli-ahli Jiran Wanita. Selama dua hari tugas menjaga rumah dan anak-anak diserahkan kepada suami tercinta. Biarpun perjalanan amat memenatkan tapi keseronokkan tetap ada iaitu dapat melapangkan minda melihat keindahan negeri-negeri lain sambil berbelanja. Biarpun percutian hanya dalam Malaysia namun kepuasan tetap terpancar pada setiap ahli rombongan.Kita patut bersyukur Malaysia indah...

Bertunang



Apabila musim cuti bermula tidak kira cuti sekolah atau cuti perayaan maka banyaklah majlis diatur antaranya majlis bertunang dan majlis perkahwinan. Apa yang menariknya zaman sekarang waktu bertunang majlisnya meriah mengalahkan majlis nikah orang dulu-dulu. Bayangkan ramai anak muda dikampung sanggup ikut trend artis masa kini supaya tidak ketinggalan zaman. Majlis diserikan dengan pelamin yang dihias indah bersama mak andam. Kebiasaannya kos andaman sekitar RM120-200, kos pelamin RM300-RM400 belum termasuk kos barang hantaran dan jamuan boleh mencecah ribuan ringgit. Ibu bapa dan keluarga terpaksa mengikut rentak anak-anak mereka takut jika dibantah anak-anak akan merajuk atau lebih teruk "kahwin lari".

Zaman dahulu urusan pertunangan dibuat antara kedua keluarga secara kecil-kecilan tanpa dihadiri bakal tunang lelaki. Zaman sekarang bakal tunang ikut serta dalam rombongan pertunangan. Selepas perbincangan selesai, diadakan sesi bergambar 'bersama tunang" di atas pelamin.

Walaupun sudah ada ikatan pertunangan, bukan bermakna menjadi tiket untuk di usung ke sana kemari.Banyak kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat hari ini apabila membiarkan pasangan tunang bebas berdua-duaan dengan tiket "sudah bertunang".Tidak mustahil ramai yang putus tunang dengan pelbagai alasan seperti telah jemu,terlanjur dan sebagainya . Apa yang pasti sepatutnya ibu bapa memberikan nasihat supaya ikatan pertunangan ini perlu dijaga kesuciannya sehinggalah pasangan tadi sah dinikahkan.

Yakinlah dengan janji Allah jodoh ,ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang...