Tuesday, January 24, 2012

Analisis Ekonomi: Rakyat Malaysia gemar berbelanja

Oleh Mohd Afzanizam-Berita Harian

2012/01/23
Isi rumah patut amal pembelian berhemah jamin kedudukan kewangan yang baik

TABIAT berbelanja memang agak sinonim di kalangan rakyat negara ini khususnya apabila menjelang musim perayaan. Iklan jualan murah serta pelbagai potongan harga yang menarik sering kelihatan disiarkan sebagai pelaris sesuatu promosi barangan itu.
Namun, aliran perbelanjaan tidak terhad kepada pembelian barangan saja malahan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan perhotelan serta automotif juga mendapat manfaat daripada sikap rakyat Malaysia yang suka berbelanja. Perangkaan seperti Kecenderungan Marginal untuk Kepenggunaan (MPC) iaitu statistik yang mengukur kecenderungan bagi isi rumah berbelanja bagi setiap ringgit kenaikan dalam pendapatan jelas menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kumpulan yang mempunyai kecenderungan tinggi ke arah itu.

Selain itu, kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan pengguna di negara ini telah mengalami perubahan dalam tabiat perbelanjaan dengan perbelanjaan terhadap barang bukan keperluan seperti restoran dan hotel, komunikasi, rekreasi dan kebudayaan telah meningkat berbanding perbelanjaan terhadap keperluan asas.

Perkara ini di sebabkan peningkatan dalam pendapatan boleh guna serta faktor pengumpulan kekayaan.

Persoalannya, adakah ini sesuatu yang sihat bagi ekonomi negara? Sebagai negara yang mempunyai sistem ekonomi terbuka, ancaman seperti kelembapan ekonomi dunia akan memberi kesan langsung terhadap prestasi eksport serta sektor pembuatan atau perkilangan.
Dari sudut perniagaan, kecenderungan untuk berbelanja oleh isi rumah jelas menunjukkan negara mampu menawarkan peluang perniagaan yang baik.

Kecenderungan berbelanja ini akan memastikan permintaan kekal terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan.
Ia sekali gus akan mewujudkan peluang pekerjaan jika pernigaan memilih negara kita sebagai hub pengeluaran mereka.
Sebagai contoh, rangkaian peruncitan hiper serta jenama kenderaan dari Jepun sudah lama bertapak di negara ini dan pelbagai peluang pekerjaan juga di wujudkan hasil daripada pelaburan asing oleh syarikat ini.

Namun, tabiat berbelanja seharusnya berlaku secara seimbang supaya tidak menggalakkan pembaziran akibat perbelanjaan yang melebihi had.

Setiap individu harus mempunyai belanjawan bulanan serta memantau setiap perbelanjaan dikeluarkan supaya tidak dibebani hutang kad kredit berlebihan.

Selain itu, kadar inflasi tinggi juga akan menyebabkan pendapatan boleh guna individu berkurangan. Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan kenaikan harga barangan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.

Perbelanjaan yang berhemah seharusnya menjadi dasar teras bagi sesebuah isi rumah menjamin kedudukan kewangan yang baik.

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah bijak memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ketujuh iaitu berkaitan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

Jika usaha ini dapat dijayakan, sumber pertumbuhan ekonomi seperti perbelanjaan swasta akan dapat diperkukuhkan, sekali gus mampu untuk mengekang ancaman kelembapan ekonomi dunia.

Pengeluar tempatan diminta cari pasaran baharu

ARKIB : 19/08/2011

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pengeluar-pengeluar Malaysia disaran mencari pasaran baharu bagi produk dan perkhidmatan masing-masing berikutan pertumbuhan sederhana 4.0 peratus bagi suku kedua yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia semalam.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Mustafa Mansur berkata, data terbaru ini, serta keadaan-keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah akan memberi kesan kepada pengeluar-pengeluar.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah ICT Taiwan 2011 di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa pengeluar-pengeluar harus mempergiat perdagangan dalam ekonomi-ekonomi berkembang lain seperti China, Taiwan dan India untuk mengurangkan kesan negatif itu.

“Pengeluar-pengeluar haruslah mencari lebih banyak pasaran bukan tradisi selain rakan dagang tradisi kita seperti AS dan Eropah,” katanya.

Beliau berkata, pengeluar-pengeluar juga harus tahu tentang perubahan-perubahan yang berlaku di kalangan pengguna hari ini dengan melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat mengenai trend terbaru.

“Pengeluar-pengeluar mestilah sentiasa inovatif melalui penghasilan produk dan perkhidmatan baharu untuk menampung perubahan-perubahan ini,” kata Mansur.

Mengenai peranan kerajaan, Mansur berkata, ia boleh membantu dengan menandatangani lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk membuka pasaran-pasaran baharu, kerana sukar bagi pengeluar untuk bergantung kepada pasaran tempatan yang agak kecil dengan penduduk yang berjumlah kira-kira 28 juta.

Siri jelajah ini menghimpun 16 syarikat dari Taiwan kerana negara itu menginginkan kerjasama yang lebih erat dengan Malaysia dalam sektor ICT. Lebih daripada 10 syarikat ICT datang ke Malaysia tahun lepas untuk meninjau peluang mengadakan perkongsian perniagaan.

“Teknologi maju Taiwan bakal menjadi pelengkap yang kena pada masanya dalam memenuhi keperluan transformasi Malaysia,” kata Timbalan Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Lin Min-Li. – BERNAMA

What Your Looks Say About Your Health

Good health often is reflected in an attractive, youthful appearance. So you might be tempted to blame aging and stress for facial lines, unsightly fingernails, or hair loss when, in fact, these flaws can signal underlying health issues, says integrative medicine specialist Molly M. Roberts, MD, of the Institute for Health & Healing, in San Francisco, and president of the American Holistic Medical Association.

"It'll start by whispering, then it'll start talking, and, if you don't pay attention, it'll start yelling and shouting, and then you've got an illness,” she says.

Perbankan digital menjadi tumpuan

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Perbankan digital telah bersedia untuk mendahului rangkaian cawangannya sebagai cara utama pelanggan berinteraksi dengan bank-bank mereka menjelang tahun 2015, kata PricewaterhouseCoopers (PwC).

Dalam satu kenyataan hari ini, PwC berkata, laporan beritanya, 'The new digital tipping point', mencadangkan bank-bank akan kehilangan sumber baharu yang penting untuk pertumbuhan pendapatan kerana mereka terlalu lembap memberi respons kepada inovasi digital yang telah mengubah secara radikal terhadap model perniagaan dan memperhalusi semula pengalaman pengguna.

"Ini meskipun dengan permintaan kukuh untuk produk perbankan digital daripada pengguna dan hakikat yang mereka sanggup untuk membayarnya," katanya.

PwC mengendalikan penyelidikan dengan lebih 3,000 pengguna perkhidmatan perbankan di seluruh sembilan pasaran maju dan baru muncul. -BERNAMA