Saturday, July 6, 2013

LA TAHZAN = Jangan Bersedih

Alhamdulillah Ya ALLAH, hari ini diberi peluang untuk saya menulis semula di dalam blog yang telah lama kupinggirkan. Biarpun ada cerita yang ingin dikongsikan bersama namun banyak halangan yang membataskan untuk saya menulis. Tulisan kali ini sekadar berkongsi sedikit kandungan buku LA TAHZAN. Banyak manfaat yang telah diperolehi daripada pembacaan buku tersebut . Hanya untuk menyemaikan budaya membaca secara berterusan perlu disemai dari peringkat kanak-kanak. Pada mereka yang seusia saya ada kemungkinan budaya membaca akan berkurang sekiranya banyak tuntutan kerjaya dan keluarga yang lebih diutamakan. Namun jika hendak seribu daya , jika tidak mahu seribu alasan. Biarpun bahan bacaan terpulang kepada individu namun biarlah sesuai dengan usia dan keadaan masa kini yang kian mencabar.

 Perkongsian dari buku; LA TAHZAN - DR AIDH ABDULLAH AL-QARNI .
Jangan bersedih, kerana kesedihan semalam yang kita alami sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pada keesokkan hari. Waktu untuk kita menikmati hidup di dunia ini terlalu singkat. Oleh itu isilah hidup ini dengan ketenangan dan kebahagiaan. Janganlah dibazirkan usia kita dengan mengenangkan kesedihan demi kesedihan.Hadapilah segala ujian dengan penuh kesabaran dan mintalah pertolongan Allah. Sesungguhnya setiap ujian dalam hidup adalah tanda kasih sayang dari Allah.Jadikan kegagalan semalam sebagai pengajaran buat kita bangkit semula dan melangkah lebih yakin untuk berjaya di masa depan.
 Ingatlah Allah tidak pernah melupakan kita tetapi kita sebagai hambaNYA yang sering melupakanNYA.Bayangkan jika kita memiliki suatu keajaiban yang dapat mengubah kesedihan, dari mana sebenarnya keajaiban itu datang?
 "Sesungguhnya manusia selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan tidak berterima kasih kepada Tuhan atas segala apa yang telah dimiliki". Belajarlah menghargai segala apa yang kita miliki sebelum ianya hilang dalam genggaman kita. Sebenarnya kekayaan sebenar buat diri kita adalah apa yang kita rasakan dalam hidup kita.Belajarlah bersyukur atas segala nikmat Allah yang tidak terhingga. Penuhi masa yang masih ada dengan senyuman yang ikhlas, teguhkan pendirian dan jangan putus asa.

 "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"- (Surah Al -Imran 139)

Saturday, December 8, 2012

Teenager dies after crashing car into lamp post - Nation | The Star Online

AL_FATIHAH - semoga roh Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman(5E-2012)diampunkan segala dosa dan diterima segala amalannya serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. (Sumber: the Star online 7/12/2012) PUTRAJAYA- A teenage boy died on the spot after the car he was driving skidded and crashed into a lamp post here Friday. In the 4.45pm accident, Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17, from Bangi, Selangor suffered serious head injuries when his car broke in half. According to a police source at the scene, the victim was believed to have been driving alone from the Alamanda shopping centre towards the Putrajaya International Convention Centre during a heavy downpour. - Bernamahttp://starstorage.blob.core.windows.net/archives/2012/12/7/nation/car.jpg

Saturday, May 19, 2012

Pertandingan Boling Guru-guru Ting:6 2012

Pertandingan Boling Guru-guru Ting:6 2012 diadakan pada 27 April 2012(2.30-5.30ptg) di Ampang Super Bowl, Metro Point. Perhubungan baik antara guru peringkat sekolah daerah Hulu Langat diharapkan dapat meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang sukan. Pertandingan ini memberi pendedahan kepada guru mengenai cara dan kaedah bermain boling. Disamping itu menanam semangat kesukanan dalam kalangan guru. Amat diharapkan aktiviti ini akan meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan guru kerana badan yang sihat akan menghasilkan guru yang cergas dan berketerampilan. Secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap komunikasi serta bersosial yang baik serta membantu mengurangkan stress.

Boling Jiran Wanita

Pertandingan boling pada 1 mei 2012 diadakan sebagai memberi ruang kepada semua para isteri beriadah. Manakala para suami mengambil alih tugas menjaga anak-anak di samping menjadi penyokong setia para isteri.Memang kelakar gelagat "balingan longkang". Namun kegembiraan bersama rakan-rakan memberi peluang mengeratkan silaturrahim dan semangat berpasukan di samping dapat membawa balik hadiah yang disediakan untuk 10 pasukan yang bertanding.

Thursday, April 26, 2012

GOTONG ROYONG




Aktiviti yang dirancang untuk menjaga kebersihan taman perumahan di samping mengeratkan silaturrahim. Biarpun sebok dengan tuntutan kerjaya namun aktiviti kemasyarakatan jangan diketepikan demi perpaduan penduduk.

Saturday, April 14, 2012

PERTANDINGAN PENCAK SILAT DAERAH HULU LANGAT





Pertandingan berlangsung pada 27-29 Mac 2012 di SMK Taman Tasik Ampang. SMK Tinggi Kajang telah berjaya menjadi JOHAN dalam kategori GANDA PUTERA.Tahniah kepada wakil pesilat 'Ismat bin Ghazali dan Mohammad Zekry Hardison.

SEMINAR GURU-GURU EKONOMI ASAS DAERAH HULU LANGAT





Sunday, March 4, 2012

GAYONG PERKUKUHKAN PERPADUAN MELAYU

ARKIB : 01/03/2012

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my

Perdana Menteri yang juga Imam Khalifah Agong Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemani oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar selaku Timbalan Imam Khalifah Agong, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi tetamu kehormat dalam acara istimewa Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia.

BAGAI isi dengan kuku, ilmu persilatan cukup terkenal dan tidak dapat dipisahkan daripada adat budaya masyarakat Melayu.

Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di pulau Jawa, Indonesia, seni mempertahankan diri ini telah sebati dengan orang Melayu sejak abad ke-8 lagi.

Sehingga kini, pencak silat dijadikan platform penyatuan masyarakat Melayu untuk membentuk jati diri dan disiplin terhadap pengamalnya.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai daripada kalangan kita menjadi pesilat dan tidak kurang pula ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendalami seni warisan itu.

Biarpun wujud beratus-ratus perguruan silat yang setiap daripadanya mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri, secara umum asas silat dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'.

Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan.

Salah satu pertubuhan silat yang cukup terkenal di negara ini ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM).

Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Mohd. Hashim yang merupakan cucu kepada Daeng Kuning, PSSGM semakin berkembang sehingga dikenali sebagai perguruan Gayong paling utama oleh penuntut silat Gayong.

Hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan kira-kira 8,000 peserta yang menyertai Sambutan Perayaan Jubli Emas PSSGM dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012 baru-baru ini di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Sebagai warisan yang cukup unik, seni mempertahankan diri itu bukan sekadar alat persembahan pada sesebuah majlis mahupun untuk tujuan mempertahankan diri kerana ia mencerminkan identiti masyarakat Melayu.

Selaras dengan tuntutan ajaran Islam, seni ini juga mendisiplinkan pengamalnya secara langsung untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam persilatan, ia sebenarnya mempamerkan adat dan cara menghormati lawan ataupun kawan, guru dan pemimpin itu sendiri selain perantaraan untuk mengeratkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu.

Semangat perpaduan

Melihat akan kepentingan perpaduan di kalangan umat Islam, PSSGM mengajak anak-anak Gayong untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan saudara seagama melalui ilmu persilatan Gayong.

Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, masyarakat Melayu perlu disatukan bersandarkan kekuatan perpaduan untuk mencapai kedudukan tertinggi dan semulia-mulianya.

"Perpaduan Melayu dalam wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara amat penting kerana ia adalah sendi utama kepada perpaduan nasional berbilang kaum di negara ini," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, perjuangan Gayong bermula sejak zaman Allahyarham Datuk Onn Jaafar ketika beliau menyandang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Tubuh PSSGM.

"UMNO dan Gayong amat berkait rapat kerana ia didaftarkan oleh Datuk Onn Jaafar pada masa yang sama.

"Maka tidak hairanlah mengapa nombor pendaftaran UMNO (360) dan PSSGM (361) berdekatan antara satu sama lain sehingga wadah perjuangan mendaulatkan bangsa Melayu dan negara diperjuangkan berdasarkan perpaduan di kalangan ahli-ahlinya," katanya.

Adiwijaya berkata, seni silat Gayong merupakan kesinambungan perjuangan untuk menyatupadukan orang Melayu sejajar dengan kehendak pengasas seni silat itu.

"Perjuangan bangsa Melayu yang diperjuangkan orang Melayu melalui seni silat Gayong ini adalah sebahagian daripada perpaduan.

"Oleh itu, pengamal silat sejati perlu menginsafi perjuangan sejak turun-temurun yang menuntut keluhuran akhlak berdasarkan kepada ilmu dan kesungguhan mengotakan janji untuk mempertahankan negara tercinta," ujarnya.

Menurutnya, perpaduan di kalangan pengamal silat perlu dipertahankan agar ia tidak hilang ditelan zaman.

"Bangsa lain amat berbangga dengan ilmu mempertahankan diri mereka. Seperti yang kita ketahui, orang Korea bangga dengan taekwando, orang Cina bangga dengan kung-fu dan orang India berbangga dengan silambam.

"Biarpun orang kita berbangga dengan silat, tetapi untuk menyatupadukan semua pesilat dibawa satu perguruan amatlah sukar," jelasnya.

Daripada pecahan Gayong, timbul pelbagai perguruan silat yang ada di negara ini malah ada di kalangan pengamal Gayong yang keluar membawa diri turut menubuhkan pelbagai persatuan pesilat lain.

"Kalau kita sayangkan perpaduan dan ingin mewujudkan perpaduan di kalangan pengamal Gayong mengapa perlu anak-anak Gayong ini mewujudkan persatuan lain.

"Pengasas Gayong, Meor Abdul Rahman ingin menguatkan perpaduan tetapi dalam masa yang sama ada yang cuba untuk memecahkan perpaduan di kalangan pengamal silat Gayong sendiri.

"Sebab itu, kalau kita ingin berbicara jangan guna emosi, kalau tidak berpuas hati kenapa perlu mewujudkan badan lain. Kalau betul hendakkan perpaduan, mengapa tidak bersatu di bawah Gayong Malaysia sahaja" katanya.

Selaku Yang Dipertua PSSGM, Adiwijaya mengingati rakan-rakan yang terlupa dengan janji yang telah dikotakan.

"Sebelum kita belajar silat gayong, kita telah diperlimaukan oleh tok guru kita dan pada masa yang sama kita berjanji bersaksikan al-Quran sebagai ikutan dan garis panduan ahli Gayong.

"Tetapi bila kita sudah pandai bersilat, ikrar untuk taat setia menjadi ahli Gayong dilupai sehingga ada yang mengingkari janji yang dilafazkan.

"Ironinya, guru tersebut pula memperlimaukan anak murid baru dan beliau ingin anak didiknya itu mengotakan janji untuk taat setia namun pada masa yang sama guru tersebut sendiri tidak melaksanakan janji itu.

" Adakah dia merupakan seorang guru yang baik sedangkan dia bercakap tidak serupa bikin," ujarnya.

Kata orang dahulu kala, amanat guru perlu dijaga dan sejak Adiwijaya menyertai silat Gayong pada usia 14 tahun, beliau masih kekal bersama PSSGM biarpun kini berusia hampir 60 tahun.

Baginya, amanat tersebut perlu dijaga dan janji perlu dilaksanakan barulah ilmu yang dipelajari direstui guru terdahulu.

Sehingga kini, PSSGM mempunyai ahli yang aktif seramai 70,000 orang dan secara keseluruhan yang berdaftar sebanyak hampir tiga juta pesilat.

PSSGM berharap untuk menambah bilangan keahlian aktif sehingga 100,000 orang pada pertengahan tahun ini.

"Anak Gayong tidak ada yang menjadi samseng kerana dalam ilmu persilatan Gayong kami terapkan mereka dengan amalan mulia.

"Kalau nak jadi pendekar biarlah kena dengan caranya seperti contoh Laksamana Hang Tuah. Mereka yang suka menunjuk-nunjuk kehebatan bukan pendekar sejati.

"Pengamal ilmu persilatan perlu ada keperibadian yang baik dan kesabaran dalam hati. Bagi yang mempunyai sifat bongkak dan hipokrit tidak perlulah belajar ilmu persilatan agar tidak memalukan bangsa sendiri," katanya.

Saturday, March 3, 2012

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Sumber perkongsian: 1001rahsiadiri.blogspot.com

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Tuesday, January 24, 2012

Analisis Ekonomi: Rakyat Malaysia gemar berbelanja

Oleh Mohd Afzanizam-Berita Harian

2012/01/23
Isi rumah patut amal pembelian berhemah jamin kedudukan kewangan yang baik

TABIAT berbelanja memang agak sinonim di kalangan rakyat negara ini khususnya apabila menjelang musim perayaan. Iklan jualan murah serta pelbagai potongan harga yang menarik sering kelihatan disiarkan sebagai pelaris sesuatu promosi barangan itu.
Namun, aliran perbelanjaan tidak terhad kepada pembelian barangan saja malahan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan perhotelan serta automotif juga mendapat manfaat daripada sikap rakyat Malaysia yang suka berbelanja. Perangkaan seperti Kecenderungan Marginal untuk Kepenggunaan (MPC) iaitu statistik yang mengukur kecenderungan bagi isi rumah berbelanja bagi setiap ringgit kenaikan dalam pendapatan jelas menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kumpulan yang mempunyai kecenderungan tinggi ke arah itu.

Selain itu, kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan pengguna di negara ini telah mengalami perubahan dalam tabiat perbelanjaan dengan perbelanjaan terhadap barang bukan keperluan seperti restoran dan hotel, komunikasi, rekreasi dan kebudayaan telah meningkat berbanding perbelanjaan terhadap keperluan asas.

Perkara ini di sebabkan peningkatan dalam pendapatan boleh guna serta faktor pengumpulan kekayaan.

Persoalannya, adakah ini sesuatu yang sihat bagi ekonomi negara? Sebagai negara yang mempunyai sistem ekonomi terbuka, ancaman seperti kelembapan ekonomi dunia akan memberi kesan langsung terhadap prestasi eksport serta sektor pembuatan atau perkilangan.
Dari sudut perniagaan, kecenderungan untuk berbelanja oleh isi rumah jelas menunjukkan negara mampu menawarkan peluang perniagaan yang baik.

Kecenderungan berbelanja ini akan memastikan permintaan kekal terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan.
Ia sekali gus akan mewujudkan peluang pekerjaan jika pernigaan memilih negara kita sebagai hub pengeluaran mereka.
Sebagai contoh, rangkaian peruncitan hiper serta jenama kenderaan dari Jepun sudah lama bertapak di negara ini dan pelbagai peluang pekerjaan juga di wujudkan hasil daripada pelaburan asing oleh syarikat ini.

Namun, tabiat berbelanja seharusnya berlaku secara seimbang supaya tidak menggalakkan pembaziran akibat perbelanjaan yang melebihi had.

Setiap individu harus mempunyai belanjawan bulanan serta memantau setiap perbelanjaan dikeluarkan supaya tidak dibebani hutang kad kredit berlebihan.

Selain itu, kadar inflasi tinggi juga akan menyebabkan pendapatan boleh guna individu berkurangan. Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan kenaikan harga barangan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.

Perbelanjaan yang berhemah seharusnya menjadi dasar teras bagi sesebuah isi rumah menjamin kedudukan kewangan yang baik.

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah bijak memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ketujuh iaitu berkaitan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

Jika usaha ini dapat dijayakan, sumber pertumbuhan ekonomi seperti perbelanjaan swasta akan dapat diperkukuhkan, sekali gus mampu untuk mengekang ancaman kelembapan ekonomi dunia.