Saturday, April 10, 2010

Sukan Tadika An-Nura Semenyih



Ketika melihat telatah anak-anak bersukan terasa gembira bercampur terharu. Terkenang zaman kanak-kanak yang begitu indah telah lama berlalu..

Gambar kenangan-Kuiz Ekonomi Asas Daerah Hulu Langat

LELAKI ATAU WANITA siapa menang, siapa kalah?

Saya ingin berkongsi hasil tulisan Dr Hj Juanda Hj Jaya (Perunding Undang-undang Keluarga Islam) dalam Mingguan Wanita Mac 2010. Cuba renungkan sejenak.

Lelaki dan wanita saling menonjolkan kehebatan dengan cara mengalahkan satu sama lain. Kalau keadaan ini berlaku dalam rumah tangga, runtuhlah rumah tangga kerana untuk membuktikan anda hebat hingga sanggup menjatuhkan air muka pasangan sendiri. Kehidupan seorang isteri sungguh mencabar,tidak kurang peritnya jika berperanan sebagai suami. Jika suami dan isteri bekerja, jadi bukankah adil membahagikan sama rata kerja-kerja rumah tangga?.

Isteri yang sama taraf dengan suami, ilmu dan kerjaya,pangkat dan kewibawaannya perlu taat pada suami. Taat adalah ibadah yang tinggi nilainya apatah lagi jika suami redha dan jatuh cinta kerana ketaatan isteri. Jangan sesekali memandang rendah walaupun anda berstatus bos di pejabat sedangkan suami hanya pegawai rendah.

Walau bagaimanapun naluri seorang wanita sebenarnya lebih mencintai suami jika dibandingkan dengan naluri lelaki.Wanita fitrahnya lembut,mudah jatuh hati, belas kasihan dan amat kuat "insting" terhadap suami kerana rasa kasihnya itu. Tetapi pernahkah seorang isteri berfikir berada di tempat suami dengan naluri seorang wanita? Dituntut sentiasa kuat hati,tidak manja melampau,tabah dan tidak mudah gagal mencari nafkah keluarga.Pernahkah seorang suami berfikir jika dia berada di tempat isteri? Suami berperanan sebagai ibu yang sabar membahagikan tugas di pejabat dan dirumah seperti menjaga dan mendidik anak-anak? Menyuap nasi ke mulut anak terlebih dahulu walaupun anda kelaparan dan membancuh susu ditengah malam ketika anda amat mengantuk?

Tiada siapa menang atau kalah kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan, saling menyempurnakan satu sama lain. Jadi masing-masing dengan tugas dan peranan yang berbeza tetapi hati tetap memerlukan cinta murni dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab.