Saturday, July 3, 2010

SELESAI KONFLIK SECARA AMAN

Sekadar perkongsian ilmu dari bacaan akhbar Kosmo 2/7/2010(Jumaat)

Lihat konflik drp sudut positif iaitu satu frasa ujian yang mengeratkan lagi hubungan, bukannya menamatkan percintaan.

Menurut
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, konflik terjadi apabila timbul satu masalah, salah faham serta ada pihak yang lalai daripada tanggungjawab.Beliau menyarankan beberapa langkah sebagai panduan menyelesaikan konflik secara aman.

UBAH SIKAP
Apabila kedua-dua pihak mahu mengaku masing-masing bersalah, barulah konflik ada harapan diselesaikan.Sekiranya didapati pasangan anda enggan mengaku bertanggungjawab ambil inisiatif memulakannya.Ingat! anda mungkin mengalah bukan bermakna anda bersalah atau kalah. Sikap ini akan menghasilkan dua kesan yang baik.Pertama, dapat mencegah pertengkaran menjadi lebih buruk. Kedua, sikap positif ini mungkin ditiru oleh pihak satu lagi.

BERHENTI BERCAKAP TENTANG PERBEZAAN
Walaupun suami isteri mempunyai perbezaan,sebenarnya antara kalian terdapat banyak persamaan dan sewajarnya anda perlu mencari persamaan dan keserasian itu.

BERHENTI MENCARI PUNCA
Berhenti mencari konflik berpunca daripada siapa, sebaliknya mula mencadangkan cara-cara penyelesaian.Sedarlah anda dan pasangan punyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Bersatulah agar segala kekurangan dapat ditampung dan kebahagiaan bersama dapat dibina.

SALING BERMAAFAN
Bermaafanlah sama ada memohon maaf atau memberi maaf.Tidak jatuh harga diri jika berani mengakui kesilapan diri dan memohon maaf.

Kesimpulannya langkah terbaik menangani konflik ialah:
1 Segera kenal pasti punca konflik
2 Segera menangani masalah secara bersama bukan bersendirian
3 Pilih cara paling mudah dan tidak memerlukan banyak perbelanjaan,tenaga atau masa.
4. Tidak mencari kelemahan pasangan walaupun punca konflik adalah kelemahannya.
5. Wujudkan komunikasi berkesan dengan bersikap jujur dan bersedia mendengar
6. Paling penting, doa yang berterusan kepada ALLAH,memohon petunjuk dan bantuanNYA untuk kesejahteraan dalam perhubungan.

1 comment: