Thursday, December 2, 2010

HATI BAHAGIA

Adakah bahagia boleh dipancarkan dari wajah? Mungkinkah wajah yang sentiasa tersenyum menggambarkan hatinya yang bahagia? Ada orang yang sedang berduka tapi sempat melemparkan senyuman ketika bertemu dengan orang. Namun ada orang yang kita rasakan telah bahagia tetapi begitu sukar untuk memberikan senyuman kepada orang lain. Bahagia itu hak seseorang maka berusahalah merealisasikannya kerana bahagia ada di mana-mana dan sedaya mana kita cuba mendapatkannya.

Antara petikan dari bahan bacaan saya untuk renungan bersama:

1. Kebahagiaan terletak kepada keberanian untuk mencari kebenaran dalam kehidupan yang telus, ikhlas dan harmoni.

2. Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang dengan ujian & dugaan kecuali dia mampu memikulnya.

3. Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan telah mati, secubit garam sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah dengan hati kita, hati yang hidup sangat sukar dinodai tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita untuk mendapat hidayahNYA.

3. Hidup akal dengan sebab ilmu, hidup ilmu kerana amal dan hidup amal bila ada keikhlasan dalam hati.

4. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.Kita perlu saling menghormati, sentiasa berterima kasih, mudah memberi dan menerima maaf, ikhlas untuk memuji dan sanggup untuk merendah diri.

No comments:

Post a Comment