Monday, February 7, 2011

PETUA RAWATAN WAJAH

Sekadar perkongsian petua orang lama yang saya perolehi dari pembacaan dan pengalaman orang lain dan diri sendiri. Pada pendapat saya melakukan rawatan muka dirumah lebih jimat dan selamat. Kalau sesuai dengan keadaan tak salah untuk mencubanya sendiri, moga berjaya...

1.Kulit muka yang halus
i) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumur di muka selama 20 minit. Setelah itu bersihkan muka dengan air suam

ii) Parut tomato dan epal yang cukup masak, kemudian gosok perlahan-lahan pada wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci muka dengan air suam.

iii) Air asam jawa dibancuh dengan tepung ubi, kemudian sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

2. Untuk menegangkan kulit
i) Kisar timun dan campurkan dengan sedikit air dan tepung ubi. Setelah itu sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh muka dengan air bersih.

3. Untuk menghilangkan jerawat
-Campurkan air asam jawa dengan bedak sejuk, setelah itu sapulah ditempat yang berjerawat

4. Mengurangkan kedutan di muka
-Bersihkan sebatang lobak merah dan parutlah lobak itu. Selepas itu campurkan parutan itu bersama tepung jagung dan kuning telur, kacau hingga sebati. Kemudian oles pada wajah sekali sehari.

5. Kulit gebu dan licin
-Sapukan susu segar pada wajah dan gosok perlahan hingga rata dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.

2 comments:

  1. Wah.... tak rasa rugi ke dengan semua sayuran, buahan dan makanan yang digunakan tu....
    Kat Afrika tu mereka makan pasir dan tanah untuk idup...
    Takpe la... nak cantik punya pasal... Yang penting dapat menarik suami da...

    ReplyDelete
  2. Bukan utk membazirkan sayuran cuma utk jimatkan kos membuat rawatan di salon. Maklumlah guna bhn semulajadi lebih selamat brbanding bhn campuran kimia. Jgn biarkan wajah nampak tua sebelum masanya....

    ReplyDelete