Bercinta secara fitrahnya adalah pengalaman manis dan saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Namun keinginan untuk terus bercinta tidak dapat dipraktikkan setelah memasuki alam perkahwinan kerana perbezaan sikap antara suami dan isteri. Di bawah ini , saya kongsikan bersama bahan bacaan dari penulis asal Noor Hasliza Nusi 2008
1. Pujian tulus tidak terduga
-Sampaikan pujian dengan penuh kesungguhan, tatap matanya dan jika perlu lemparkan bisikan halus ditelinganya. Hindarkan memberi pujian tanpa fokus kepada maksud yg ingin disampaikan. Contohnya, kamu memujinya sambil tangan melakukan sesuatu kerja.
2.Bangkitkan aroma tubuh
-Sentiasa menjaga penampilan diri dan mengambil berat tentang penjagaan diri seperti kuku dan aroma tubuh supaya pasangan merasa selesa dan nyaman ketika bersama.
3.Sikap romantis
Apa yang diingini isteri adalah sikap romantik dan telus daripada suami. Contohnya, bangunkan dia dengan sebuah kucupan lembut di dahi, isteri akan rasa dirinya disanjungi dan dihargai.
4 Sentuhan mesra
-Walaupun masing-masing penat setelah pulang dari kerja, tidak salah untuk menyelitkan bukti cinta kamu selama ini. Contohnya peganglah tangan pasangan ketika naik atau turun tangga supaya pasangan menikmati setiap sensasi yang tercipta daripada sentuhan jemari.
5.Panggilan "sayang"
-Jika ternyata belum pernah memulakan panggilan "sayang", tiada salahnya untuk memulakannya sekarang. Pasangan akan merasa dirinya istimewa disaat dia menyedari kamu adalah insan pertama yang memanggilnya dengan sebutan"sayang". Ini mengingatkannya semula keistimewaan diri kamu berbanding orang lain.
Wah wah wah...bukan main. Boleh jadi kaunselor cinta. Statistik bercerai akan nyata menurun!
ReplyDeleteJust kongsi idea dgn org lain. Alangkah amannya dunia kalau masing2 bahagia dgn rmhtgga yg tlh dibina. Takdelah lg kes siram asid @ bunuh pasangan, polispun boleh relax... mahkamahpun kurang kes...so duit gaji guna sepenuhnya utk family trcinta...
ReplyDeleteAman sementara saja, sebab ankara wang, ego dan nafsu manusia yang tak pernah cukup. Tu sebab korupsi, kronisma, dengki, kiasu dan yang seangkatannya berlaku sana sini, terutama daripada yang ada kuasa tu, dari sekecil-kecil kuasa kepada yang sebesar-besarnya yang ada dalam dunia ni.
ReplyDelete