Tuesday, May 17, 2011

RIADAH-BOWLING




Pertandingan bowling guru-guru Ting: 6 daerah Hulu Langat telah diadakan pada 13 Mei 2011 (Jumaat) jam 3 ptg di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang. Penyertaan daripada guru-guru amat memberansangkan menyebabkan acara berjalan dengan penuh meriah. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara guru Ting:6 daerah Hulu Langat . Pelbagai gelagat balingan daripada yang "super" dan yang baru"cuba-cuba" dapat diperhatikan.

Walaupun demikian memang adat bertanding ada yang menang dan kalah. Bagi kumpulan yang menang, senyuman terukir di bibir ketika menerima hadiah. Bagi kumpulan yang kalah tetap juga tersenyum memberi semangat pada rakan-rakan yang lain di samping dapat beriadah selepas penat bekerja.

2 comments:

  1. Bola Bowling itu lebih berat dari badan empunya kot!

    ReplyDelete
  2. Nak buat cam na, bukannya susah, angkat bola dan campak je sbb tu byk masuk longkang..Apa yg penting happy..

    ReplyDelete