Tuesday, July 5, 2011

BERI MASA DEMI ANAK

METRO-26/2/2011
Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Anak yang cemerlang mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat dan ibu bapa banyak meluangkan masa dengan mereka.Kesibukan ibu bapa menyebabkan masa yang diluangkan untuk anak terbatas. Wang ringgit tidak dapat membeli kebahagiaan anak. Semua ibu bapa berkata mereka sayangkan anak, tetapi mengapa anak tidak berasakan demikian?

Berikut antara perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan anak cemerlang dunia dan akhirat:

1 Berikan masa bersama keluarga dengan mewujudkan aktiviti keluarga seperti makan bersama, solat berjemaah dan beriadah.

2. Berikan masa untuk setiap anak secara personal.Kadangkala ada sesuatu yang ingin disampaikan tanpa diketahui oleh adik-beradik yang lain.

3. Berikan anak masa bersendiri. Hormati haknya sebagai anak dengan membiarkan mereka melakukan aktiviti yang mereka suka asalkan tiada sesuatu yang buruk dilakukannya.

4 Ambil cuti untuk bersama anak. Beritahu anak bahawa kita memang sengaja mengambil cuti untuk bersama mereka.

5 Temujanji dengan anak sama penting dengan orang lain.Bayangkan anak tentu teruja menanti detik bersama ibu bapa untuk makan di luar.

6 Adakan masa untuk mendengar luahan hati dan masalah anak.Jadilah pendengar yang baik supaya masalah yang timbul dapat di cari jalan penyelesaian.

7 Cari masa untuk hadir dalam acara penting anak. Kehadiran ibu bapa adalah bukti kita sayangkan mereka.jangan hampakan mereka sebaliknya berilah sokongan moral.

No comments:

Post a Comment