Showing posts with label Motivasi - Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Motivasi - Kerjaya. Show all posts

Monday, February 14, 2011

TERIMA KASIH







Terima kasih atas ingatan anak-anak didik Ting:6AA dan 6AD. Teruskan usaha kalian untuk meraih kecemerlangan dalam STPM 2011. Ingat "Keyakinan Membawa Kejayaan'

Friday, February 11, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BUKU EKONOMI STPM






Majlis penyerahan buku Ekonomi STPM telah diadakan pada 10 Feb 2011(Khamis), jam 9 pagi di Pusat Sumber . Dr Hamzaid Yahya telah bermurah hati menyerahkan buku Mikroekonomi dan Makroekonomi sebanyak 67 buah kepada semua pelajar Tingkatan 6AA, 6AC dan 6AD secara percuma. Pihak sekolah amat berbesar hati atas keperihatinan beliau yang sanggup menderma buku demi kecemerlangan semua pelajar yang mengambil Ekonomi di peringkat STPM.

Saya amat terharu dengan usaha beliau yang bersedia mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu calon-calon STPM. Amatlah diharapkan segala usaha beliau akan memberikan suntikan motivasi kepada semua pelajar untuk lebih cemerlang .

Friday, January 28, 2011

"Road Run" 1Malaysia


Semangat 1Malaysia yang wujud sewaktu bekerja walaupun terdiri daripada kaum yang berbeza. . Keseronokan menjalankan tugas menghasilkan kerja berkumpulan yang lebih cemerlang. Maka hidup lebih ceria dan harmoni bila tiada dendam di hati.

Wednesday, August 4, 2010

CINTA PADA KERJA

Kosmo 3/8/2010

Dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan membina reputasi yang cemerlang,perasaan cinta terhadap tugasan yang dilakukan adalah perkara utama.Sehubungan itu amat penting untuk memastikan persekitaran kerja memberikan kesan yang positif dan menyeronokkan. Mereka yang berjaya mengekalkan perasaan seronok, akan bekerja dengan lebih dedikasi dan sistematik seterusnya meningkatkan prestasi kerja dan organisasi.

Berikut beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang telah kehilangan cinta terhadap kerja.

1.FOKUS
Harus fokus dan menyedari bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan adalah amanah dan tanggungjawab .Tukarkan perkataan "Aku rasa letih hari ini" dengan "Aku sangat teruja untuk melakukan sesuatu hari ini"

2.POSITIFKAN MINDA
Anggaplah segala masalah sebagai cabaran dan satu proses pembelajaran dalam mendalami perkara yang belum diketahui.Dengan itu segala usaha dan kemampuan kita akan terdorong dalam menjayakan misi dengan lebih cepat dan mudah.

3.INGIN TAHU
Tanamkan niat setiap kali mahu bekerja dengan seronok.Kaji dan dalami kerja kita dengan rasa ingin tahu.Mungkin ada sesuatu yang akan menarik minat kita dan membuatkan kita merasa semangat untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan.

4.MATLAMAT
Sebagai pekerja, kita harus menetapkan matlamat supaya lebih semangat dan bersungguh-sungguh dalam merealisasikannya.Melaluinya kita lebih fokus dan tidak leka dalam menjalankan tugas harian.

5. MEMILIH IDOLA
Pelajari dan tiru bagaimana idola anda boleh berjaya kemudian gabungkan dengan kemahiran yang ada pada diri sendiri.Tetapkan diminda bahawa satu hari nanti kita ingin mempunyai pencapaian yang setaraf atau lebih daripadanya.Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dalam tugasan harian.

Wednesday, July 21, 2010

MENAJAMKAN KONSENTRASI

Konsentrasi membantu kita menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran pada sesuatu perkara pada satu-satu masa sahaja. Kekuatan konsentrasi berkait rapat dengan daya mengingat dan berfikir. Meskipun ianya mengambil masa, ianya mampu meningkatkan nilai produktiviti individu pada masa akan datang.Kemampuan konsentrasi tidak dikaitkan dengan bakat yang diperolehi sejak lahir namun lebih kepada cara kita melatihnya.

Antara panduan untuk memperoleh kunci kejayaan dalam hidup.

1. Tetapkan sasaran
Menetapkan perkara yang ingin dicapai dalam tempoh masa tertentu. Ini memudahkan kita merancang tugas dan jadual harian. Seterusnya akan membangkitkan komitmen dan dapat membuat keputusan untuk menjayakan apa yang telah dirancang.

2. Turut serta
Cuba lakukan sesuatu yang dapat mendekatkan diri anda dengan sasaran yang dirancang. Selain itu cuba libatkan diri anda dengan masyarakat yang dapat membantu anda merealisasikan matlamat tersebut.

3. Berdialog dengan diri sendiri
Cuba beri ruang dan kesempatan untuk anda berkomunikasi dengan diri sendiri. Tanyakan pada diri, adakah masa yang digunakan dihargai sebaiknya? Ini semua mempunyai pengaruh kuat terhadap minda separa sedar seterusnya mampu membentuk imej kendiri sendiri.

4. Tanamkan minat
Dengan minat yang tinggi ianya memberi anda semangat dan peransang dalam mencari pelbagai sumber berkaitan bahan yang anda mahukan. Kemudian pupuk rasa tanggungjawab terhadap sesuatu yang anda lakukan. Secara tidak langsung ia memberikan anda kuasa dalam menjayakan misi anda.

5. Melatih fikiran
Untuk melatih fikiran lebih tajam, latih otak dengan permainan yang mampu merangsang otak kita seperti soduku. Aktiviti sebegini mampu mengembangkan kecerdasan dan daya fokus dalam membuat keputusan seterusnya meningkatkan daya ketahanan mental

Thursday, May 27, 2010

TABIAT BURUK YANG PERLU DIELAK UNTUK BINA KERJAYA

Petikan ini disunting daripada Harian Metro 06/01/2010. Diharapkan tulisan ini dapat membantu kita untuk menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab.

1. JANGAN MENOLAK TUGAS
Sikap negatif yang enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan.

2. MENANGGUH KERJA
Selesaikan tugas dgn secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah

3.SALAH GUNA HARTA SYARIKAT
Jangan menggunakan harta syarikat seperti telefon dan mesin fotokopi sewenang-wenangnya. Kita perlu amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

4.BERGOSIP DAN BERPUAK-PUAK
Sikap ini tidak berfaedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

5. DATANG LEWAT
Disiplin untuk menepati waktu amat penting untuk menentukan hala tuju hidup.