Wednesday, January 19, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU


Alangkah bahagianya saat bergelar "RAJA SEHARI".

"Diantara tanda-tanda kekuasaanNYA, bahawa DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu beroleh ketenangan dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNYA diantara kamu (suami/isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu berfikir" (Surah Ar-Ruum:21)

Inilah yang dinamakan jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Didalam kesibukan menyiapkan persiapan majlis persandingan namun senyuman tetap terukir diwajah keluarga pengantin. Hanya doa dan harapan mahligai yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.Melihat kegembiraan mereka teringat zaman-zaman aku dahulu menjadi pengantin baru. Biarpun telah 15 tahun berlalu namun nostalgia lama tetap indah dalam kenangan.

Monday, January 3, 2011

PENDUDUK MALAYSIA KINI 27.6 JUTA ORANG

Penduduk tahun 2010: 27,565,821
Penduduk tahun 2000: 23,274,690

Penduduk Lelaki 2010: 14,112,667
Penduduk wanita 2010: 13,453,154

Penduduk Lelaki 2000: 11.96juta
Penduduk wanita 2000: 11.53 juta

Taburan penduduk paling tinggi tahun 2010
Selangor : 5,411,324
Putrajaya: 67,964 dengan pertumbuhan pesat iaitu 17.77%

Labuan, Sabah, Sarawak,Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan adalah negeri yang mencatat penurunan kadar pertumbuhan penduduk.



Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Wednesday, December 22, 2010

LELAKI SOLEH

Lelaki soleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman, bersih dari segi zahir dan batinnya serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara maksiat.

CIRI-CIRI LELAKI SOLEH :
1. Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah SWT
5. Ikhlas dalam beramal
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH SWT
8. Selalu bermohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10.Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakkal penuh kepada Allah
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan senang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkar.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada serta tawadhuk penuh kepada Allah SWT.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

TUGAS-TUGAS DAN KEWAJIPAN LELAKI SOLEH
1. Mencari nafkah
2. Berjihad fisabilillah
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH


Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H.
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan sejarah penting dalam Islam untuk mengingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi.
Sebagai umat Islam kita seharusnya mengambil pengajaran daripada sejarah Rasulullah SAW untuk berhijrah daripada perbuatan buruk kepada perbuatan yang lebih baik. Sesuai dengan semangat Hijrah semua umat Islam perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan diri. Kita perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kebijaksanaan dan kepakaran bagi menjana kemajuan dan pembangunan negara.
Sebagai orang yang telah berakal yang paling penting kita perlu meningkatkan ketaqwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan segala cabaran.

Maksud Firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah ayat 218:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan bekerja keras (berjihad) di jalan ALLAH, mereka itu mengharapkan rahmat ALLAH dan ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Thursday, December 2, 2010

HATI BAHAGIA

Adakah bahagia boleh dipancarkan dari wajah? Mungkinkah wajah yang sentiasa tersenyum menggambarkan hatinya yang bahagia? Ada orang yang sedang berduka tapi sempat melemparkan senyuman ketika bertemu dengan orang. Namun ada orang yang kita rasakan telah bahagia tetapi begitu sukar untuk memberikan senyuman kepada orang lain. Bahagia itu hak seseorang maka berusahalah merealisasikannya kerana bahagia ada di mana-mana dan sedaya mana kita cuba mendapatkannya.

Antara petikan dari bahan bacaan saya untuk renungan bersama:

1. Kebahagiaan terletak kepada keberanian untuk mencari kebenaran dalam kehidupan yang telus, ikhlas dan harmoni.

2. Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang dengan ujian & dugaan kecuali dia mampu memikulnya.

3. Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan telah mati, secubit garam sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah dengan hati kita, hati yang hidup sangat sukar dinodai tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita untuk mendapat hidayahNYA.

3. Hidup akal dengan sebab ilmu, hidup ilmu kerana amal dan hidup amal bila ada keikhlasan dalam hati.

4. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.Kita perlu saling menghormati, sentiasa berterima kasih, mudah memberi dan menerima maaf, ikhlas untuk memuji dan sanggup untuk merendah diri.

ADAKAH INI KEBETULAN?

Terima kasih atas perkongsian ilmu dari blog UBI KAYU REBUS TEH-O

27-11-2009 (JUMAAT) HARI RAYA AIDIL ADHA
18-12-2009 (JUMAAT) TAHUN BARU HIJRAH 1431H
25-12-2009 (JUMAAT) KRISMAS
01-01-2010 (JUMAAT) TAHUN BARU MASIHI 2010
01-01-2010 (JUMAAT) GERHANA BULAN
15-01-2010 (JUMAAT) GERHANA MATAHARI
26-02-2010 (JUMAAT) MAULIDUL RASUL S.A.W
28-05-2010 (JUMAAT) WESAK
27-08-2010 (JUMAAT) NUZUL AL-QURAN
10-09-2010 (JUMAAT) HARI RAYA AIDIL FITRI
05-11-2010 (JUMAAT) DEEPAVALI

Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan?

Berita Harian Online | Lelaki simbah asid kena penjara

Monday, October 11, 2010

Suasana Hari Raya






Nilai kekeluargaan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit kerana ikatan kasih sayang yang lahir dari hati adalah anugerah Illahi. Semoga Allah merahmati ikatan murni ini di dunia dan diakhirat. Antara gambar kenangan yang dapat dirakam sewaktu berhari raya bersama keluarga,jiran tetangga dan anak murid.

Saturday, September 4, 2010

HARI RAYA

"Selamat Hari Raya, maaf zahir batin", itulah kalimah yang sering terucap oleh kita tatkala menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Kadang kala terfikir dek fikiran adakah kalimah itu lahir dari hati atau sekadar ucapan yang telah menjadi kelaziman? Sebelum tiba hari raya kita sebok mengirim SMS kepada rakan taulan untuk mengucapkan selamat hari raya. Hanya dengan bantuan teknologi kiriman ucapan kita dapat diterima dengan lebih pantas. Zaman dahulu kita sebok memilih kad-kad hari raya untuk dikirim secara pos kepada kenalan kita.Namun bila dikenang kembali kiriman kad raya lebih memberi "sentuhan jiwa" kerana kad tersebut dapat disimpan sebagai kenang-kenangan atau dijadikan hiasan dinding berbanding kiriman SMS yang terpaksa kita padam sekiranya memori telefon bimbit penuh.

Kiriman SMS yang menarik dan masih saya simpan antaranya:
1. Dlm mesra mungkin terkasar bahasa,dlm bergurau mungkin terlanjur senda, dlm berjanji mungkin ada yng belum dikota, dlm berbicara mungkin ada yg menyinggung rasa, walau apapun maaf jua dipinta.
2. Yg jauh itu waktu, yg dekat itu mati,yg besar itu nafsu, yg berat itu amanah, yg mudah itu berbuat dosa, yg panjang itu amal soleh, yg indah itu saling memaafkan.
3. Katak kenyang lalu tertidur, gajah pitam lalu terjatuh, andai tak sampai tangan menghulur, keampunan dipohon dari jauh.
4. Satu Syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, mana yang tersalah dan terkasar bahasa, maaf dipinta di hari mulia.
5.Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar,mata tak bertatap, tapi izinkan hati memohon maaf zahir batin.Jika kesilapan semalam belum terampun"maafkanlah",jika kesilapan hari ini menyakitkan "lupakanlah",jika kesilapan esok mendatang janganlah dibawa ke akhirat.

Suasana hari raya juga telah banyak berbeza antara dahulu dan sekarang.Sekarang ramai kanak-kanak beraya untuk mengutip duit raya dari rumah ke rumah.Mungkin ibu bapa terlepas pandang untuk mendidik anak-anak adab ketika berada di rumah orang. Bagi golongan remaja pula lebih suka melepak di rumah menonton tv atau menonton wayang.Pihak penyiaran banyak menyajikan program dan cerita-cerita menarik untuk tontonan ramai. Bagi yang berkerjaya pula ada yang suka pergi melancong sewaktu cuti hari raya. Memang tak mustahil jika ramai yang masih tidak mengenali sanak saudaranya kecuali jika dibawa oleh ibu bapa mereka.

Begitu juga dengan kisah hariraya tahun ini kebahagiaanku apabila dapat berkumpul dengan adik beradik dan melihat anak-anak seronok ketika bersama sepupu-sepupu mereka. Namun di hati masih ada kesedihan kerana amat merindui ayah dan emak yang telah lama tiada...

PadaMu ku bersujud

Hari ini hari terakhir sebelum cuti sekolah dan cuti hari raya bermula.Dalam mengharungi kesesakan lalulintas aku melayan alunan lagu di radio. Secara tiba-tiba hatiku tersentuh bila mendengar lagu "PadaMu ku bersujud-Afgan".Terasa banyaknya dosa yang sengaja dan tidak sengaja telah kulakukan selama ini. Sebagai manusia biasa kita sering lalai dan terlupa tujuan asal kita hidup di dunia ini.Kadang kala disebabkan kekangan masa menyebabkan kita lebih mendahulukan urusan dunia berbanding urusan akhirat. Sehinggakan kita terlupa segala kurniaanNya. Terlalu banyak nikmat yang telah kita kecapi tanpa kita mensyukurinya.

"Wahai Tuhan kami, rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat serta mengikut jalan-Mu dan peliharalah mereka dari azab api neraka."
(Maksud ayat 7 Surah Al-Mukmin)

PadaMu ku bersujud
Ku menatap dalam gelap
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempat ku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat kau limpahkan
kurniaMu
dalam sunyi aku bersujud