Saturday, April 10, 2010

Sukan Tadika An-Nura Semenyih



Ketika melihat telatah anak-anak bersukan terasa gembira bercampur terharu. Terkenang zaman kanak-kanak yang begitu indah telah lama berlalu..

Gambar kenangan-Kuiz Ekonomi Asas Daerah Hulu Langat

LELAKI ATAU WANITA siapa menang, siapa kalah?

Saya ingin berkongsi hasil tulisan Dr Hj Juanda Hj Jaya (Perunding Undang-undang Keluarga Islam) dalam Mingguan Wanita Mac 2010. Cuba renungkan sejenak.

Lelaki dan wanita saling menonjolkan kehebatan dengan cara mengalahkan satu sama lain. Kalau keadaan ini berlaku dalam rumah tangga, runtuhlah rumah tangga kerana untuk membuktikan anda hebat hingga sanggup menjatuhkan air muka pasangan sendiri. Kehidupan seorang isteri sungguh mencabar,tidak kurang peritnya jika berperanan sebagai suami. Jika suami dan isteri bekerja, jadi bukankah adil membahagikan sama rata kerja-kerja rumah tangga?.

Isteri yang sama taraf dengan suami, ilmu dan kerjaya,pangkat dan kewibawaannya perlu taat pada suami. Taat adalah ibadah yang tinggi nilainya apatah lagi jika suami redha dan jatuh cinta kerana ketaatan isteri. Jangan sesekali memandang rendah walaupun anda berstatus bos di pejabat sedangkan suami hanya pegawai rendah.

Walau bagaimanapun naluri seorang wanita sebenarnya lebih mencintai suami jika dibandingkan dengan naluri lelaki.Wanita fitrahnya lembut,mudah jatuh hati, belas kasihan dan amat kuat "insting" terhadap suami kerana rasa kasihnya itu. Tetapi pernahkah seorang isteri berfikir berada di tempat suami dengan naluri seorang wanita? Dituntut sentiasa kuat hati,tidak manja melampau,tabah dan tidak mudah gagal mencari nafkah keluarga.Pernahkah seorang suami berfikir jika dia berada di tempat isteri? Suami berperanan sebagai ibu yang sabar membahagikan tugas di pejabat dan dirumah seperti menjaga dan mendidik anak-anak? Menyuap nasi ke mulut anak terlebih dahulu walaupun anda kelaparan dan membancuh susu ditengah malam ketika anda amat mengantuk?

Tiada siapa menang atau kalah kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan, saling menyempurnakan satu sama lain. Jadi masing-masing dengan tugas dan peranan yang berbeza tetapi hati tetap memerlukan cinta murni dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab.

Friday, January 22, 2010

JSU Ekonomi Asas

Saya nak berkongsi dokumen berkenaan JSU mata pelajaran EA yang saya perolehi dari LADAP yang telah dijalankan oleh sekolah saya, SMK Tinggi Kajang. Harap ia membantu cikgu-cikgu yang sudi masuk ke dalam blog saya ini.



JSU Ekonomi Asas -

Thursday, January 21, 2010

Sahabat
1001 gurauan belum tentu dapat mengukir satu senyuman
Tetapi satu sindiran sudah cukup melukakan hati seseorang
Jadilah sahabat sejati
Seseorang yang selalu hadir masa kita kesedihan
Selalu bersama saat kita berduka
Sentiasa memahami dan membantu tatkala kita jatuh
Sama-sama menitiskan air mata bahagia tika kita senang
Bersyukurlah atas persahabatan yang ikhlas
Sahabat yang membuatkan kita menghargai hidup

Harapan 2010
Moga 12 bulan penuh cemerlang
52 minggu penuh kebahagiaan
365 hari keberkatan
8760 jam penuh kasih sayang
525600 minit penuh senyuman

Selagi hidup belum sudah
aku akan terus melangkah
ku yakin rahmat buatku
di hadapan menunggu....

Saturday, December 5, 2009

TERIMA KASIH

Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua,

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.
Minta maaflah kerana sedang dalam proses pemantapan.
Posting ini seperti kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee... CUBAAN...
Kah..kah..kah.....
Nak 'test' blog saya ini sama ada berfungsi atau tak berfungsi......

Tunggulah nanti saya muatkan segala aktiviti saya untuk tatapan semua.

Sekian, terima kasih.
Ariza

Friday, December 4, 2009

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blok saya.