Monday, August 16, 2010

Surat terbuka buat Kak Wan Fauziah Wan Yusoff



Tahniah buat Kak Wan kerana dapat menamatkan perkhidmatan dengan jayanya.
Selamat bersara.

Saya berbangga dapat mengenali Kak Wan biarpun dalam tempoh yang terhad.Keramahan dan kemesraan yang terjalin hampir dua tahun membuatkan saya terasa seperti sudah lama mengenali Kak Wan.Terasa sedih untuk berpisah dengan Kak Wan yang banyak mencurahkan bakti untuk meningkatkan prestasi Ekonomi Asas sekolah kita. Namun saya tahu, saat bersara menjadi detik yang dinantikan setelah sekian lama berkhidmat sebagai guru.Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan merupakan lumrah kehidupan yang harus lalui.Kini yang tinggal hanyalah kenangan terindah untuk dikongsi bersama.

Kak Wan begitu berfikiran positif. Biarpun telah ditawarkan jawatan sebagai pengetua namun Kak Wan rela melepaskan jawatan itu untuk menjadi guru biasa demi mendidik anak bangsa tercinta. Kak Wan juga pernah menjawat jawatan PK1 di sekolah lama tapi Kak Wan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan bekerja bersama saya walaupun saya lebih muda. Saya tahu dalam hidup kita perlu sanggup membuat pengorbanan.

Saya kagum dengan kesungguhan kak Wan untuk menyiapkan Modul Ekonomi Asas Tingkatan 4 sebelum berangkat ke Mekah. Walaupun sebok dan kurang sihat namun tetap berusaha menyiapkannya untuk digunakan sepenuhnya pada tahun 2010. Saya faham bukan mudah untuk mendekati pelajar 4C dan 4D, namun kecekalan Kak Wan mendidik mereka membuatkan saya terharu.

Pepatah sering menyatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", namun sesuatu yang datang tidak sama dengan yang telah pergi.Didoakan moga Kak Wan lebih ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang meneruskan kehidupan selepas bersara.

1 comment:

  1. Memang kagum dengan kesederhanaan dan keterbukaannya.
    Tidak 'gila kuasa' sehinggakan tawaran jawatan pengetua ditolaknya. Ramai akan terus menerkam sekiranya ditawarkan jawatan tersebut, kenapa tidak, kerana itu mercu tanda 'kekuasaan' yang dinanti-nantikan kerana dengan 'kekuasaan' tersebut banyak 'manfaat' dapat dikecapi, jangan kira tanggungjawab yang selalu diretorikkan 'berat' itu.
    Selamat bersara kepada Pn. Wan. Semoga sentiasa sihat dan sejahtera.
    Semoga era bersara membvawa lebih kebahagian dan seronok.
    Saya mengikuti tidak lama lagi, kah kah kah....

    ReplyDelete