Wednesday, May 25, 2011

LIVE IS EASY

Controlling blood pressure, the Traditional Chinese Medicine way.

“As we do not have equipment to measure blood pressure in the past, hypertension was not something that the practitioners of TCM recorded,” says acupuncturist and Chinese physician Dr Yong Kian Fui, who is also a TCM senior lecturer at the INTI International University Faculty of Medical and Health Sciences
“That is why it is only in the last few decades we have managed to come up with some basic theories about the condition, as well as the management of the disease,” he says.
Dr Yong ... To prevent hypertension, try to eliminate lifestyle habits like overexerting yourself, eating too much salty or oily foods, and sleeping late all the time.

As TCM practitioners evaluate diseases or conditions based on their patients’ symptoms, TCM practitioners in the past have categorised hypertension symptoms into vertigo or dizziness, or even stroke when it manifests. “These are basically categorised under the ‘wind’ category,” says Dr Yong.

“What we are doing now is working backwards. We are using our knowledge of modern medicine – which make up 40% of our current TCM syllabus – to identify the symptoms of hypertension so that we can relate those symptoms to those described in the TCM literature we have,” he explains.

Today, TCM practitioners are able to measure blood pressure using sphygmomanometers, and hence identify hypertension. The theories of how hypertension develop and manifest in the body are parallel to conventional medicine. However, they still return to their symptom-based diagnostic method (what they call syndrome differentiation) to determine the appropriate advice and treatment to give to their patients.

“Based on the symptoms and disease progression of hypertension we learn in conventional medicine, we believe that in TCM, it involves symptoms we categorise under the ‘wind’, ‘phlegm’ and ‘blood stasis’ group. These groups of symptoms can be linked to the liver, spleen, and the heart respectively. So, we have to prescribe Chinese medicines to take care of those organs,” says Dr Yong.

That said, TCM practitioners usually do not treat patients with TCM alone, and more research is going to be done to find out how conventional medicine and TCM can be integrated to provide patients with better care.

“What happens is patients who are already on conventional treatment sometimes come to us to find out if they can do something else to help make them healthier,” he says.

When it comes to prevention, Dr Yong’s advice does not differ much from what any doctor will tell you. As hypertension is a result of the interplay between genetic factors, our lifestyle choices, and natural factors such as advancing age, we may not be able to totally prevent its development. But by adopting good lifestyle habits, we may be able to stop or slow its progression.

“Try to eliminate lifestyle habits like the tendency to overexert yourself, eating too much salty or oily foods, and sleeping late all the time,” Dr Yong advises.

“On the other hand, practise healthy lifestyle habits like observing regular exercise and taking time to relax. It fits into the yin-yang theory: our body needs to move so that our blood circulation will improve, and it needs to have its down time to relax so that the body can heal. If you don’t balance that, you are going to have health problems.”

The exercises do not have to be strenuous. Even slow walks and exercises like tai chi can help. On top of that, Dr Yong also emphasises that it also helps to take life easy and reduce the stress in your life.

“As we believe the health of our liver is linked to our emotions, feeling constantly stressed is not good for our liver,” he says. And as the liver is one of the organs linked to hypertension (in TCM theory), its poor health may lead to the progression of the condition.

“As for people with existing high blood pressure, the reason to reduce stress is obvious. When you are angry or stressed out, your blood pressure will shoot up. It is as simple as that,” he notes.

Tuesday, May 24, 2011

HUJAN TURUN LAGI


Andai hujan turun lagi
bak rintihan pilu seorang perindu
lemparkan senyuman dalam tangisan
menanti belas kasih sayang ILLAHI

Tatkala hujan turun lagi
hapuskan dosa, makbulkan doa
Insaflah wahai makhluk dunia
perbuatan sendiri menjadi punca

Bila hujan turun lagi
pelbagai tragedi telah terjadi
Pabila manusia mudah lupa diri
mensyukuri nikmat alam semulajadi

Biarlah hujan turun lagi
bawalah rahmat seisi alam
menyirami hati yang kian gersang
menyuburkan rezeki ciptaan Tuhan

EKONOMI KITA SEDIA SERAP KENAIKAN KOS

Oleh Suffian A Bakar
2011/05/24
EKONOMI Malaysia kini berada di kedudukan lebih baik untuk menyerap kesan peningkatan kos susulan kenaikan harga bahan api, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Katanya, ekonomi negara ketika ini adalah lebih pelbagai, justeru, kesannya agak kurang berbanding situasi pada 2008 apabila harga minyak meningkat kepada AS$147 setong, paras tertinggi dalam sejarah.
“Oleh itu, kesannya tidak akan seburuk seperti sebelum ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran platform pemikiran kepimpinan ‘Leading Voices’ di Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF) di Kuala Lumpur, semalam.

Namun, Zeti berkata, Bank Negara berkemungkinan menaikkan unjuran kadar inflasi tahun ini jika harga barangan kawalan, termasuk bahan api dan makanan, naik lebih tinggi daripada jangkaan,

“Bank Negara sudah mengambil kira faktor kenaikan harga barangan kawalan ini apabila mengunjurkan inflasi pada kadar purata tiga peratus hingga 3.5 peratus untuk tahun ini.

“Tetapi jika kenaikan harga itu lebih tinggi daripada apa yang kami jangkakan, kadar inflasi akan disemak semula,” katanya.
Zeti berkata, sememang wujud kaitan antara kenaikan harga minyak mentah dan peningkatan kadar inflasi khususnya terhadap permintaan domestik, namun kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk mempelbagai serta meningkatkan kecekapan bagi mengurangkan tekanan kenaikan harga.

“Permintaan domestik akan menerima kesan kerana ia akan membawa kepada peningkatan kos pelaburan dan tekanan ke atas penggunaan susulan perbelanjaan ke atas makanan serta bahan api adalah lebih tinggi. Ia akan menyebabkan pendapatan boleh belanja bagi tujuan lain, selain bahan api dan makanan berkurangan,” katanya.

Namun, Zeti menjelaskan, negara sudah bergerak ke arah meningkat kecekapan dan jika semua langkah yang sudah dirancangkan itu dilaksanakan, ia berupaya meningkatkan jumlah pengeluaran, justeru, menyokong pelaburan untuk tempoh selanjutnya.

Malah, katanya, ketika ini sudah ada peningkatan dalam momentum pelaburan dan ia suatu perkembangan positif.

Penjana Transformasi Pendidikan

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
pendidikan@utusan.com.my

Peranan guru dan pendidik amat diperlukan untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam berkata, guru memainkan peranan amat penting untuk memastikan kejayaan proses transformasi itu tercapai.

Sejajar dengan tema Hari Guru tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan, beliau berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras dan bersama-sama membantu kerajaan dalam melaksanakan aspirasi negara kerana hubungan rapat para guru dengan pelajar sejak dari peringkat awal.

“Guru menggalas cabaran pendidikan pada masa kini melalui perubahan transformasi teknologi maklumat. Sikap dan perkembangan minda pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa.

“Semua ini memerlukan pergorbanan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan global,” katanya ketika ditemui di Festival Hari Guru 2011, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Abdillah, guru bertanggungjawab mengaplikasi dasar pendidikan negara dengan berkesan di samping menjana transformasi pendidikan negara.

“Festival kali ini diharapkan dijadikan ruang untuk mengetahui catatan pembangunan perguruan di negara ini dalam menghargai perjuangan dan pengorbanan guru dari zaman sebelum, semasa dan selepas era deklarasi kemerdekaan bagi membangkitkan rasa insaf khususnya di kalangan generasi muda,” katanya.

Nasib Guru

KPPK yakin kerajaan bantu guru kelas biasa

KUALA LUMPUR 18 Mei — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yakin kerajaan akan menangani rintihan serta masalah yang dihadapi oleh kira-kira 400,000 guru kelas biasa dan memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, guru-guru ini yang merupakan teras pendidik peringkat akar umbi, seharusnya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa, dan menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

Katanya, kenyataan beliau itu adalah sebagai menyuarakan rasa kecewa dan kebimbangan para guru ini dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang membawa berita gembira kepada lebih 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Yim Pheng berkata, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan tonggak pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang dikenali sebagai Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperoleh apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya. — BERNAMA

Guna akhbar sebagai bahan pembelajaran


MARAN 18 Mei - Peranan akhbar bukan sahaja menyebarkan maklumat kepada pembaca tetapi juga boleh dijadikan alat pembelajaran untuk guru dan pelajar sekolah ketika sesi pembelajaran.

Sebagai contoh , akhbar Utusan Malaysia memuatkan sisipan seperti Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dan Utusan Melayu Mingguan Jawi yang boleh digunakan sebagai bahan ulang kaji dalam mata pelajaran tertentu.Pejabat Parlimen Maran menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM12,900 untuk diedarkan di 20 sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Tajaan yang memasuki tahun ketiga itu membolehkan para guru dan pelajar sekolah di daerah ini mendapat pelbagai maklumat serta bahan pembelajaran menerusi akhbar itu.

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang sentiasa hebat kerana sentiasa bersedia dengan cabaran semasa.

Tema tahun ini "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".

Tanggungjawab dan fungsi guru amat besar dan amat penting kerana dengan jati diri yang tinggi dapat menjayakan usaha kerajaan . Guru bukan sahaja sebagai penyampai berita, penyubur perpaduan, pembangun sahsiah, pencorak minda malah agen perubahan.Transformasi bermula daripada cara guru mengaplikasikan dasar pendidikan negara secara berkesan. Proses ini berterusan untuk melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat

Pelbagai langkah meningkatkan profesionalisme guru telah dibuat untuk mengangkat martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Terima kasih CIKGU.

RIADAH-BOWLING




Pertandingan bowling guru-guru Ting: 6 daerah Hulu Langat telah diadakan pada 13 Mei 2011 (Jumaat) jam 3 ptg di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang. Penyertaan daripada guru-guru amat memberansangkan menyebabkan acara berjalan dengan penuh meriah. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara guru Ting:6 daerah Hulu Langat . Pelbagai gelagat balingan daripada yang "super" dan yang baru"cuba-cuba" dapat diperhatikan.

Walaupun demikian memang adat bertanding ada yang menang dan kalah. Bagi kumpulan yang menang, senyuman terukir di bibir ketika menerima hadiah. Bagi kumpulan yang kalah tetap juga tersenyum memberi semangat pada rakan-rakan yang lain di samping dapat beriadah selepas penat bekerja.

Wednesday, May 11, 2011

Peka lelah


Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif, menjelaskan menerusi kajian yang dijalankan berkaitan pengurusan dan kawalan asma di Malaysia, mendapati 30 hingga 40 peratus pesakit asma terganggu kualiti hidupnya (tidak dapat bekerja dan bersekolah) dan 30 hingga 40 peratus lagi tidak dapat menyertai aktiviti sukan, aktiviti fizikal atau bersantai.

Apakah punca berlakunya asma? Ia dicetuskan dengan kehadiran dua komponen utama iaitu alahan yang wujud secara genetik serta akibat terdedah kepada suasana atau perkara tertentu yang memburukkan lagi keadaan. Pada dasarnya, asma boleh dikatakan sebagai penyakit alahan.

Menyentuh fungsi paru-paru sebagai organ dalam sistem pernafasan, ada tiga komponen utama iaitu saluran udara, rongga paru-paru dan selaput. Perkara utama membabitkan asma ialah saluran udara. Apabila alahan berlaku berlaku saluran menjadi bengkak dan mula menyempit. Apabila sempit udara sukar untuk keluar dan masuk menyebabkan pesakit tercungap-cungap, seperti penat dan nafas yang berbunyi.
“Kadangkala, apabila saluran sempit dan menjadi radang ia akan mengeluarkan banyak cecair. Dan cecair inilah menjadikan saluran makin sepit dan menyebabkan pesakit sering batuk. Batuk adalah mekanisme yang baik bagi pesakit asma kerana ia mengeluarkan kahak dan pesakit asma yang batuk menandakan dia banyak kahak,” katanya.

“Dulu, kita hanya ada ubat untuk membuka saluran udara, dan tiada penawar untuk mengurangkan radang. Kini kita ada ubat yang mencampurkan kedua-duanya sekali, mengembangkan saluran udara dan mengurangkan radang, jadi mahu atau tidak ia perlu diambil,” katanya.

Bagaimanapun ubat yang paling mujarab ialah mengurangkan radang kerana kesannya adalah untuk jangka panjang, cuma masalahnya di seluruh dunia, mereka tidak suka menggunakan ubat mengurangkan radang kerana tidak nampak kesannya secepat mungkin.

Kehadiran kombinasi itu adalah untuk mencegah serangan asma yang kuat dan mengurangkan fungsi paru-paru yang teruk, kerana itulah pesakit perlu disedarkan mengenai cara mengawal dan menguruskan asma supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang terbaik dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Info: Tip urus asma

  • Pesakit dan doktor perlu saling berbincang cara terbaik kaedah atau rawatan terbaru menangani penyakit ini.
  • Gunakan ubat-ubatan asma dengan betul dan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Kenali simptom serangan asma seperti batuk, semput, sukar bernafas.
  • Kenal pasti punca atau faktor pencetus asma seperti bulu haiwan peliharaan, asap rokok dan habuk.
  • Bagi mereka yang boleh bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman sesuai.
Berita Harian Online | Peka lelah

PROTON jamin jaga mutu kereta

PEMBELI kereta PROTON kini tidak perlu lagi bimbang mengenai tahap tidak konsisten mutu kereta diterima kerana semua kereta nasional itu, sama ada untuk pasaran domestik atau eksport akan melalui proses pemeriksaan pra-penghantaran berpusat seragam.
Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata proses ketat di Pusat Bagi Logistik, Peruntukan, Penyimpanan dan Perkhidmatan (CLASS) PROTON di Tanjung Malim dan Sijangkang, Klang yang beroperasi sejak sebulan lalu itu memastikan kereta yang diterima pembeli berada dalam keadaan terbaik.“Sebelum ini, pemeriksaan pra-penghantaran dikendalikan berasingan oleh pengedar tempatan dan luar negara di pusat servis masing-masing sebelum menyerahkan kenderaan kepada pengguna, menyebabkan tidak ada konsisten dari aspek kualiti dan tempoh penghantaran.

“Dengan adanya CLASS, hab itu akan menyeragam proses pemeriksaan pra-penghantaran ke atas semua kenderaan PROTON, sama ada untuk pasaran domestik mahupun eksport, sekali gus menjamin kualiti, selain mempercepatkan tempoh penghantaran kepada pengedar,” katanya pada majlis perasmian hab berpusat CLASS di Sijankang, Klang semalam.

Perasmiannya disempurnakan Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Zainal berkata, proses CLASS memberikan PROTON kelebihan kerana ia turut membolehkannya mengurangkan pelbagai masalah, termasuk pengendalian berganda sebanyak 40 peratus, mengurangkan tempoh menunggu kepada maksimum tiga hari, mengurangkan kecacatan sekunder dan mengurangkan lebihan inventori.
Bermula April 1, PROTON Edar Sdn Bhd mula memanfaatkan hab logistik berpusat Proton dalam usaha menambah baik rantaian bekalannya.
Berita Harian Online | PROTON jamin jaga mutu kereta